Kerana Setitik Air
Basah bumi kerana hujan
Turun mengalir jadi saliran
Ke laut dalam
Tempat ikan berenang
Dan nelayan cari makan
Untuk bekalan sepanjang zaman
Anugerah Tuhan
Di padang kering kontang dan
Bergetar oh kepanasan
Gelupas kulit kaki mu
Teruji kesabaran mu
Mana setitik air itu pengubat rindu
Mana setitik air itu basah dahi mu
Peperangan membawa bencana
Ombak besar mengalir bertakhta
Dan kemarau mengundang derita
Setitik air terlalu berharga
Hey
Hey setitik air
Menjadi punca lalu terpancar
Dan menjadi segumpal
Darah-darah daging manusia
Hey setitik air
Menjadi punca yang mengalir
Di tepi pipi
Di beri nama air mata yang kecewa
Mana setitik air itu pengubat rindu
Mana setitik air itu basah dahi mu
Peperangan membawa bencana
Ombak besar mengalir bertakhta
Dan kemarau mengundang derita
Setitik air terlalu berharga
Hey
Hey setitik air
Menjadi punca lalu terpancar
Dan menjadi segumpal
Darah-darah daging manusia
Hey setitik air
Menjadi punca yang mengalir
Di tepi pipi
Di beri nama air mata yang kecewa