Air Mata Palestin

Fitri Haris

Tak tertahan beban hati ini
Tidak tega lihat kau sendiri
Ada duka digamit derita
Ada luka dimamah sengsara

Air mata yang kau alirkan
Tangisan kerinduan
Pada damai yang bagai menghilang
Bilakah 'kan menjelang

Hanyalah kerana keangkuhan mereka
Engkau yang menjadi mangsa

Chorus:
Berlumuran darah
Merah titisnya sepanjang langkah
Namun tidakkan kau menyerah
Biarpun nyawamu gantinya

Perjuangan Mujahidin
Diiringi doa seluruh alam
Beban derita yang engkau galas
Menuju syurga

Kilauan cahaya di langitmu
dan dentum kezaliman
Kau saksikan para syuhadamu
Jadi korban runtuhan

Hanyalah kerana rebutkan bumi tandusmu
Engkau yang menjadi mangsa

Beliebteste Lieder von Fitri Haris

Andere Künstler von Religious