Mencari Penawar Luka
Firman Koga
Kasih engkau yang kuharapkan
Dapat mengobati luka dihati ini
Kerana dia dulu yang pernah kupuja
Telahpun menggores luka didalam dada
Entah mengapa ini yang harus terjadi
Kau yang kuharapkan
Tak ubahnya seperti api didalam sekam
Dengan diam diam kau menjalin kasih, dengannya
Aku yang setia, tak kusangka engkau dustai
Kemana lagi hendak ku mencari
Penawar luka yang semakin parah
Apakah semua tiada berbeza
Teganya kau bermain kasih didalam bercinta
Ho ho.. kasih
Mengapa kau buatku begini
Apakah masih ada insan yang setia
Untuk diriku meluapkan rasa dijiwa