Masalah
Baring tutup mata tenangkan minda
Biar imaginasi berlegar terus meliar
Usah fikir dunia penipuan nyata
Selagi mampu bernafas selagi masih bernyawa
Di malam bulan penuh perhati dengan teliti
Tak perlu biri biri terus dibuai mimpi
Laungan serigala mengejut dari fantasi
Si Tudung merah gentar ditarik ke realiti
Fajar menjelma permulaan hari baru
Peristiwa semalam mahu lupa kalau mampu
Buka buka baru tutup yang sudah lama
Simpan buat rujukan jadikan guru utama
Aku perhati mentaliti ini hari
Waktu pagi tengah hari hinggalah dinihari
Fahaman gerakan ideologi tersendiri
Yang bijak diam diri bodoh cari publisiti
Ramai yang berisi malas nak beraksi
Asyik dengan hibernasi berhalusinasi
Adaptasi puisi coretan jadi saksi
Bagai satu simulasi hampir semuanya ilusi
Baring tutup mata tenangkan minda
Biar imaginasi berlegar terus meliar
Usah fikir dunia penipuan nyata
Selagi mampu bernafas selagi masih bernyawa
Satu per satu masalah buat ku terfikir
Macam mula hafal sifir untuk subjek yang ku pilih
Jawab kertas salah tak mahu ikut formula
Kalau jumpa cara lain kena guna cara lama
Mana satu pilihan yang patut aku buat
Kalau betul makin kuat tersilap orang meluat
Tak kisah hadapi kritikan di saat kritikal
Susun rapi pertuturan hasut minda kriminal
Takut kecut terlalu banyak alasan
Karut terjerut taksub dengan ramalan
Bertuhankan manusia idola disanjung sanjung
Pantang lihat orang kampung melancong luar semenanjung
Rasa terkesima lihat semua bijak tanpa ilmu
Pendapat jadi fakta bila malas nak berguru
Bak lembu dicucuk hidung ikut tanpa hala tuju
Semua mahu hidup baru hingga lupa yang satu
Baring tutup mata tenangkan minda
Biar imaginasi berlegar terus meliar
Usah fikir dunia penipuan nyata
Selagi mampu bernafas selagi masih bernyawa
Baring tutup mata tenangkan minda
Biar imaginasi berlegar terus meliar
Usah fikir dunia penipuan nyata
Selagi mampu bernafas selagi masih bernyawa