Menjunjung Asmara

Ku renung bulan dipagari bintang
Gemerlap menghiasi malam
Angin mula membelai
Rindu yang makin mendalam
Mengusik perasaan dalam kalbu

Mewangi semerbak haruman cinta
Menjunjung sucinya asmara
Impian sering berulang
Pastinya ia kenyataan
Begitu petanda yang ku terima

Berkuntum sudah
Bebunga kasih yang sekian lama
Terasing dan seakan
Diremang remang senja
Penawar di antara
Kini ku yang empunya

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu
Sayang
Setulusnya kini dari hati dan rasa
Rindu
Bukan lagi yang palsu

Mewangi semerbak haruman cinta
Menjunjung sucinya asmara
Impian sering berulang
Pastinya ia kenyataan
Begitu petanda yang ku terima

Berkuntum sudah
Bebunga kasih yang sekian lama
Terasing dan seakan
Diremang remang senja
Penawar di antara
Kini ku yang empunya

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu
Sayang
Setulusnya kini dari hati dan rasa
Rindu
Bukan lagi yang palsu

Cinta
Bukan lagi igauan yang memaksa
Kasih
Tidak lagi membelenggu

Wissenswertes über das Lied Menjunjung Asmara von LIZA HANIM

Wann wurde das Lied “Menjunjung Asmara” von LIZA HANIM veröffentlicht?
Das Lied Menjunjung Asmara wurde im Jahr 1997, auf dem Album “Epilog” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von LIZA HANIM

Andere Künstler von Asiatic music