Anak-anak KIta

Mohd Nasir Mohamed

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Wissenswertes über das Lied Anak-anak KIta von M.Nasir

Auf welchen Alben wurde das Lied “Anak-anak KIta” von M.Nasir veröffentlicht?
M.Nasir hat das Lied auf den Alben “Canggung Mendonan” im Jahr 1993 und “Mentera Semerah Padi” im Jahr 2003 veröffentlicht.
Wer hat das Lied “Anak-anak KIta” von M.Nasir komponiert?
Das Lied “Anak-anak KIta” von M.Nasir wurde von Mohd Nasir Mohamed komponiert.

Beliebteste Lieder von M.Nasir

Andere Künstler von Pop rock