Pada Syurga Di Wajahmu

Mohd Hakim Lokman

Tuhan sengaja menduga kita
Dimana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah dimana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau kulupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihat kubahgia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus gersang
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus gersang
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Kuberenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Dan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti

Wissenswertes über das Lied Pada Syurga Di Wajahmu von Nash

Wer hat das Lied “Pada Syurga Di Wajahmu” von Nash komponiert?
Das Lied “Pada Syurga Di Wajahmu” von Nash wurde von Mohd Hakim Lokman komponiert.

Beliebteste Lieder von Nash

Andere Künstler von Pop rock