Kepulangan Yang Terindah
Dahulu pernah aku
Membenci pada hidup ini
Menyalahkan semua kerana
Sejarah laluku yang amat memilukan oh
Perpisahan yang terjadi
Amat payah untuk diterima
Betapa aku menghanyut
Terumbang-ambing di lautan keliru
Namun setelah kuredha
Suratan takdir dari-Nya
Kasih yang pergi menjelma semula
Aku bagaikan bermimpi
Di saat dikau kembali
Air mata syukur mengalir di pipi
Di hati masih tertanya
Akan kekalkah bahagia
Namunku harus percaya
Ini adalah hikmah sebenarnya
Di hening pagi nan indah
Kita kembali bertemu
Kepulangan yang tak pernah kusangka
Oh biarpun menggunung dendam
Sekian lama terpendam
Semuanya kini terpadam sudah
Kusambut dia
Sepenuh cinta
Kerana aku tahu
Semua ini
Rahsia Ilahi
Namun setelah kuredha
Suratan takdir dari-Nya
Kasih yang pergi menjelma semula
Aku bagaikan bermimpi
Di saat dikau kembali
Air mata syukur mengalir di pipi
Air mata syukur mengalir di pipi