Pengorbanan

Pernikahanku ini
Tidak direstui ayah dan ibu
Demi kerana cinta
Cinta suci aku turuti

Janganlah kau persiakan
Bila masa luput kejelitaanku
Buktikanlah janjimu
Yang membuka pintu hatiku

Nasi lah lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggal saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Cintaku kepadamu
Seluas lautan yang tak bertepi
Teguhkan janjimu
Dari hidup sampai ke mati

Nasi lah lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggal saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Cintaku kepadamu
Seluas lautan yang tak bertepi
Teguhkan janjimu
Dari hidup sampai ke mati

Beliebteste Lieder von Rafeah Buang

Andere Künstler von Asiatic music