Bintang Syurga
Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak
Aku tega
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak
Burung-burung hijau terbang
Roh ku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Di saat cinta mekarku bercantum
Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi (syurgawi)
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezeki Ilahi oh
Kejayaan (kejayaan)
Kebahagiaan (kebahagiaan)
Bintang syuhada yang dirindukan
Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit
Derita hanya sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya
Ho oh