Canggai

Canggailah kanan hai derik kanan berderik
Melangkah anak ular berbelit kaki alahai
Andai tersalah langkah lekas mencari arah
Lah inang uleknya inang

Canggailah kiri hai derik kiri berderik
Bagai melangkah bayam menabur bayam alahai
Andai tingkah bercanggah canggai lengan diubah
Lah inang uleknya inang

Ala inang ala inang ala hai la ulek ya ulek sayang
Lenggoknya alahainya inang berpasang pasangannya
Hai melangkah ke kiri dan ke kanan
Ala inang ala inang ala hai la ulek ya ulek sayang
Eloknya alahai tarinya berpusinglah berpusing
Hai sekata ke kanan dan ke kiri

Hai eloknya hai indahnya tariannya gemalai
Tarian di kaki bercanggai
Hai eloknya hai menawan hai lenggangnya
Berlenggok tarian di kaki bercanggai

Canggailah lama hai derik tidak berderik
Canggai tersimpan sisip cucurnya atap ahahai
Sepakat dan bersantun inang tari menyusun
Bagaikan sirih dijunjung

Inang gemalai inang dijulai
Bagailah nan terongkai kata berangkai
Madah berbungkal belum tercanai
Bagailah nan mengusap bahasa berungkap
Kata berhajat yang belum tersurat

Wissenswertes über das Lied Canggai von Siti Nurhaliza

Wann wurde das Lied “Canggai” von Siti Nurhaliza veröffentlicht?
Das Lied Canggai wurde im Jahr 2000, auf dem Album “Sahmura” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von Siti Nurhaliza

Andere Künstler von Pop rock