Tak Mungkin Berpaling

MOHD AZAM SULONG, SAARI JUSOH

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu tak lagi mengerti hatiku

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

Wissenswertes über das Lied Tak Mungkin Berpaling von Slam

Auf welchen Alben wurde das Lied “Tak Mungkin Berpaling” von Slam veröffentlicht?
Slam hat das Lied auf den Alben “Kesan Terbukti” im Jahr 1995, “Terbaik Slam” im Jahr 1995, “The Best Of Sets 2 Cds” im Jahr 2012 und “Memori Hit” im Jahr 2012 veröffentlicht.
Wer hat das Lied “Tak Mungkin Berpaling” von Slam komponiert?
Das Lied “Tak Mungkin Berpaling” von Slam wurde von MOHD AZAM SULONG, SAARI JUSOH komponiert.

Beliebteste Lieder von Slam

Andere Künstler von Pop rock