Kesempatan Yang Diberi

Dalam mencari kekayaan di pintu dunia ini
Ada dikatakan kuasa itu satu ketentuan
Namun jangan kerananya kewarasanmu hilang
Kelak perhubungan jadi bencana aral melintang

Jangan permainkan kepercayaan orang
Kerna kita punya perasaan dan harga diri
Bertindaklah dengan kematanganmu
Jangan diikutkan nafsu
Segalanya kan menjadi haru-biru

Kesempatan yang diberi
Usahlah disalahgunakan
Penuhkan poket sendiri
Kawan lain gigit jari

Apalah ertinya kuasa
Dan wang yang melimpah
Jika hati dipenuhi
Kedaifan dan kemiskinan

Lindungilah segala yang
Diamanahkan padamu
Bersyukurlah di atas
Segala limpah kurnianya

Jangan permainkan kepercayaan orang
Kerna kita punya perasaan dan harga diri
Bertindaklah dengan kematanganmu
Jangan diikutkan nafsu
Segalanya kan menjadi haru biru

Kesempatan yang diberi
Usahlah disalahgunakan
Penuhkan poket sendiri
Kawan lain gigit jari

Apalah ertinya kuasa
Dan wang melimpah
Jika hati dipenuhi
Kedaifan dan kemiskinan

Lindungilah segala yang
Diamanahkan padamu
Bersyukurlah di atas
Segala limpah kurnianya

Wissenswertes über das Lied Kesempatan Yang Diberi von SPRING

Wann wurde das Lied “Kesempatan Yang Diberi” von SPRING veröffentlicht?
Das Lied Kesempatan Yang Diberi wurde im Jahr 1998, auf dem Album “Kerana Budi” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von SPRING

Andere Künstler von Pop rock