Optimis

Kadang aku terasa kau menjengkelkan
Fikiran kau dan aku sering tak sepadan
Kalau aku berang
Kau pula yang tenang
Tapi kau memang sentiasa tenang

Kerana ku tahu kau miliki
Dasar ku tak fahami
Ku masih ingat kau nasihati
Senyumlah
Kerna dunia sudah cukup pilu
Sebarkan bahagia di setiap katamu
Beramah bersama
Usah mencari musuh
Optimis pada dunia semampumu

Ha
Kadang ku tahu
Kau hadap kritikan
Kalau aku yang kena
Segera ku melawan
Lalu seperti biasa
Kau hadapi tenang
Berat hatimu
Tapi terzahir senyuman
Ho

Kerna ku tahu kau miliki
Dasar ku tak fahami
Ku masih ingat kau nasihati
Senyumlah
Kerna dunia sudah cukup pilu
Sebarkan bahagia
Di setiap katamu
Beramah bersama
Usah mencari musuh
Optimis pada dunia
Yang begitu indah untuk bersengketa
Usah kau bazir dayamu
Melayani sikap amarah
Kerana putus asa kan hadir bersama
Optimis kan memudarkannya

La la la la la la
La la la la la la la
La la la la la la (hey yeah)
La la la la la la la

Senyumlah
Kerna dunia sudah cukup pilu
Sebarkan bahagia di setiap katamu
Beramah bersama
Usah mencari musuh
Optimis pada dunia
Yang begitu indah untuk bersengketa
Usah kau bazir dayamu
Melayani sikap amarah
Kerana putus asa kan hadir bersama
Optimis kan memudarkannya
Optimis pada dunia semampumu

Beliebteste Lieder von The Truth

Andere Künstler von Pop rock