Sang Purnama
Terlakar nan megah
Hikayat suci penyatuan cinta yang sejati
Kama yang setia
Walau terpisah raga
Tetap jiwanya bersatu
Kalam utusan memberi petanda
Berkelana mencari sang cinta
Biarpun harus merentas seluruh dunia
Kerna sedalam-dalam cintamu
Mekar bak purnama
Betapa agungnya cinta dirimu padanya
Kerna sedalam-dalam rindumu
Akhirnya bertaut semula
Terombang derita
Terdampar ke buana kerna ilham si durjana
Gelora di jiwa
Ditimpa rindu mengenangkan kekasih yang jauh
Kalam utusan memberi petanda
Berkelana mencari sang cinta
Biarpun harus merentas seluruh dunia
Kerna sedalam-dalam cintamu
Mekar bak purnama
Betapa agungnya cinta dirimu padanya
Kerna sedalam-dalam rindumu
Akhirnya bertaut semula
Betapa agungnya cinta dirimu padanya
Kerana sedalam-dalam rindumu oh kasihku
Biarpun harus merentas seluruh dunia
Kerna sedalam-dalam cintamu
Mekar bak purnama
Biarpun harus merentas seluruh dunia
Kerna sedalam-dalam cintamu
Mekar bak purnama
Betapa agungnya cinta dirimu padanya
Kerna sedalam-dalam rindumu
Akhirnya bertaut semula
Betapa agungnya cinta dirimu padanya
Kerana sedalam-dalam rindumu oh kasihku
Biarpun harus merentas seluruh dunia
Kerna sedalam-dalam cintamu
Mekar bak purnama