Janji Sehidup Semati
Indahnya saat bersamamu
Tak ingin ku jauh darimu
Damai jiwaku di sisimu kekasihku
Akupun merasakan begitu
Selalu damai dekat denganmu
Kerana kau pemilik hatiku pujaanku
Semoga Tuhan merestui
Cinta kita kekal abadi
Untuk sehidup semati selamanya
Duhai insan yang mengasihi
Berjanji tiada yang lain lagi
Hanya kau yang ku cinta oh kasihku
Terima kasih cinta atas segalanya
Tetaplah bersemi cintamu di hati
Sungguh ku bahagia bila bersamamu
Berdua kita arungi bahtera cinta
Telah terucap janji sehidup semati
Semoga Nan Kuasa merestui cinta kita
Akupun merasakan begitu
Selalu damai dekat denganmu
Kerana kau pemilik hatiku pujaanku
Semoga Tuhan merestui
Cinta kita kekal abadi
Untuk sehidup semati selamanya
Duhai insan yang mengasihi
Berjanji tiada yang lain lagi
Hanya kau yang ku cinta oh kasihku
Terima kasih cinta atas segalanya
Tetaplah bersemi cintamu di hati
Sungguh ku bahagia bila bersamamu
Berdua kita arungi bahtera cinta
Telah terucap janji sehidup semati
Semoga Nan Kuasa merestui cinta kita