Tertewas Lagi
Lihat kau termenung bingung menyelubung
Hampa kecewa di mana silapnya
Tak siapa mahu lihat kau berduka
Tak siapa mahu kau berputus asa
Mungkin belum masanya lagi
Oh bukakan hatimu untuk menerima cabaran kehidupan
Jangan menuding jari
Terutama ke arah diri sendiri
Telah diberi sepenuh hati
Namun nasib tak menyebelahi
Dan jangan rasa rendah diri
Kerana syukurlah bakat yang dikurniai
Dah jauh usaha bawa kau ke sini
Tak guna untuk dikesali
Moga ini pengalaman
Belajar dari kesilapan
Teruskan ke hadapan
Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji usaha akan diberkati
Gemilang akan menanti
Dah lumrah di dunia
Suara sumbang pasti akan kedengaran
Endahkan mudahnya berkata
Halamu bukan di tangan mereka
Tumpukan manakah kurangnya
Timbalah apa agar kan disempurna
Atasi dengan fikiran wajar
Cabaran yang datang menduga
Dalam perjalanan hidup ada kala kau tersungkur
Jangan biar ia terkubur
Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji usaha akan diberkati
Gemilang akan menanti
Walaupun dikau tertewas lagi
Gemilang akan menanti
Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji usaha akan diberkati
Gemilang akan menanti oh
Gemilang akan menanti
Keyakinan kekunci mengatasi apa kelemahan diri
Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi
Keyakinan kekunci mengatasi apa kelemahan diri
Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi
Nana