Bagai Gahara

Hadir tidak bermimpi
Jernih riaknya laksana permata
Duhai angan benarlah
Bersih kalbunya kulihat gahara

Andai satu suratan
Bagai telapak berganti teratak
Kerdil diri menyaksi
Restu ditemu ku dakap mengharum

Dulu mengharum di jiwa
Suara memanggil menggoda
Belum terasa aku sedia
Sebenarnya hati mendambanya

Hadirmu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistinya

Kasih nian abadi
Titis di mata umpama cerita
Tidak kan ku merela
Meski sekuntum menduga di mata

Alam berkembang menguji
Seteru terkenang pedoman
Tebar fikiran membaca kasam
Indah bukan pembuka jalan

Hadirmu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistinya

Putih lagi bersih tulus jiwanya
Jernih lagi suci tidak tercela
Hadirmu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Gahara bagai gahara
Permata indah di jiwa
Gahara bagai gahara
Tercipta ada mistinya

Hadirmu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Hadirmu bak suria
Kamar gelap nan bercahaya
Hadirmu bak kasturi
Harum wangi ke hujung hari

Wissenswertes über das Lied Bagai Gahara von Ziana Zain

Wann wurde das Lied “Bagai Gahara” von Ziana Zain veröffentlicht?
Das Lied Bagai Gahara wurde im Jahr 2001, auf dem Album “Aku Cintakan Mu” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von Ziana Zain

Andere Künstler von Asiatic music