Lepas Biar Bersebab

Sehidup semati Itu niat di hati
Ke tengah ke tepi bersama direnangi
Tak dapat dinafi fitnah serta sangsi
Yang singgah di hati ku lempar ke tepi

Memperhamba diri demi kasih ku ini
Tak ubah seperti aku membakar diri
Demi menerangi kegelapan hati
Yang semakin hari semakin menjadi

Aku yang kau lepas (aku yang kau lepas)
Biarlah bersebab bukan mengikut
Kehendak hati
Bukanlah itu jalan penyudahnya

Tiada guna bertegang urat
Semata mata ingin kepastian
Jikalau tertutup hati
Maka tertutuplah segalanya

Apa yang amat aku kesalkan
Kau berubah tiba tiba
Tanpa engkau fikirkan
Kepentingan ku dalam hidup mu

Hati mana tak terasa
Dibuat begini rupa
Hati mana tak tersiksa
Dibiar melara

Di sini ku seorang diri memujuk hati
Di sini hanya airmata mengubat sepi

Apa yang amat aku kesalkan
Kau berubah tiba tiba
Tanpa engkau fikirkan
Kepentingan ku dalam hidup mu

Hati mana tak terasa
Dibuat begini rupa
Hati mana tak tersiksa
Dibiar melara

Di sini ku seorang diri memujuk hati
Di sini hanya airmata mengubat sepi

Sehidup semati Itu niat di hati
Ke tengah ke tepi bersama direnangi
Walau kau berjanji bersumpah bersaksi
Semuanya kini tiada bererti

Wissenswertes über das Lied Lepas Biar Bersebab von LIZA HANIM

Wann wurde das Lied “Lepas Biar Bersebab” von LIZA HANIM veröffentlicht?
Das Lied Lepas Biar Bersebab wurde im Jahr 1999, auf dem Album “Puteri Jelmaan” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von LIZA HANIM

Andere Künstler von Asiatic music