Sudah Lama Memendam Rasa

Tak perlu engkau bertanya lagi
Tak perlu engkau mengambil hati
Usah berpura jangan kau sangka
Aku tidak mengerti apa yang kau sembunyi

Bila bersama seolah tiada
Cacat cela dan gurisan luka
Tetapi itu bukanlah hakikat yang sebenar

Adakalanya aku berkecil hati bila bersama mu
Biarlah tuhan lebih tahu
Apa yang tersirat di dalam hati ku
Yang tidak mungkin kau mengerti

Terlalu lama memendam rasa
Kesabaran pun ada batasnya
Usah bertanya
Sekadar cuma
Untuk menumpang lalu
Di hadapan mata ku

Kekeruhan dalam kehidupan
Hanya masa mampu menjernihkan
Yang selebihnya aku serahkan kepada mu

Dan usah sekali
Kau ambil kesempatan
Di atas kelembutan diri ku ini
Tak perlu engkau bertanya lagi kasih ku
Tak perlu engkau mengambil hati ku

Adakalanya aku berkecil hati bila bersama mu
Biarlah tuhan lebih tahu
Apa yang tersirat di dalam hati ku
Yang tidak mungkin kau mengerti

Hanya masa mampu menjernihkan
Yang selebihnya ku serahkan kepada mu
Selebihnya ku serahkan kepada mu yee
Selebihnya ku serahkan kepada mu

Wissenswertes über das Lied Sudah Lama Memendam Rasa von LIZA HANIM

Wann wurde das Lied “Sudah Lama Memendam Rasa” von LIZA HANIM veröffentlicht?
Das Lied Sudah Lama Memendam Rasa wurde im Jahr 2000, auf dem Album “Istimewa” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von LIZA HANIM

Andere Künstler von Asiatic music