Pejamkan Mata [feat. Dayang Nurfaizah]

Malique

Sayang

Yah sebermula maka dipaksa diam
Dengar patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak dongak lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur akur sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-malik Qul-kudusus Salamul Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghul runsinng jah

Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel Lorazepam Ambien Risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi sembunyi bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi keghaibannya kita raikan

Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir

Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu hu

Wissenswertes über das Lied Pejamkan Mata [feat. Dayang Nurfaizah] von Malique

Wann wurde das Lied “Pejamkan Mata [feat. Dayang Nurfaizah]” von Malique veröffentlicht?
Das Lied Pejamkan Mata [feat. Dayang Nurfaizah] wurde im Jahr 2017, auf dem Album “TKO : Pejamkan Mata” veröffentlicht.

Beliebteste Lieder von Malique

Andere Künstler von Asiatic music