Salut [feat. Ariz Remastered]

ARIZ, MALIQUE, TRIPDISZ

Aku ranking nombor satu tak perlu berburu
Gadis kenal nama datang pusu pusu
Yang ada halkum walaupun cemburu
Bila jumpa kita mereka salut (salut)
Ku toleh kekanan mereka salut (salut)
Ku toleh ke kiri mereka salut (salut)
Depan dan belakang mereka salut (salut)
Bila jumpa aku semua orang salut (salut)

Jangan panggil aku bro panggil aku pro
Tolong buang senyum sila salut komando
Duo atau solo laju ataupun slow
Subjek dan predikatku kombo akal dan telor
Nyala balik mancis mantera belum habis
Sambung cakap dengan jin macam tamar jalis
Testosterone testarossaku dipanggil
Untuk sapu rapper lembut berestrogen kancil hamil

Psikotik skizofrenik persisnya autistik
Gnostic dia sungguh mistik bila berlinguistik
Walau narcissistic dia artistik dan tulus
Qarma mista malique kapla kultus pulus
Satu untuk bass dua untuk treble
Tiga untuk duit buat dengan muzik rebel
Jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
Sudah hidup cukup lama sudah tau arah tuju
Aku ranking nombor satu salut (salut)

Aku rangking nombor satu tak perlu berburu
Gadis kenal nama datang pusu-pusu
Yang ada halkum walaupun cemburu
Bila Jumpa aku mereka salut (salut)
Ku toleh ke kanan mereka salut (salut)
Ku toleh ke kiri mereka salut (salut)
Depan dan belakang mereka salut (salut)
Bila jumpa aku semua orang salut (salut)

Salut sama jeneral dan orang kanannya
Malique-Ariz macam castro-guevara
Jangan lari tapi tabik kalau gerun
Lagi bagus kalau tunduk macam askar jepun
Lepas tabik hormat jangan jeling jangan pandang
Jangan nak biadap kang ku sumbat dalam kandang
Tiada yang berani mahu cuba langgar pantang
Kerna Qarma kan sentiasa yang terbaik dari ladang

Ranking nombor satu nah siapa mau pangkah
Siapa mau sanggah siapa mau langkah
Makin hari pengikutku makin tambah
Pandapat kau bercanggah pendapatanku bercambah
Yeah peduli pancaroba
Semangat berkobar nah rapku bernarkoba
Jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
Sudah hidup suku abad sudah tau arah tuju

Aku rangking nombor satu tak perlu berburu
Gadis kenal nama datang pusu-pusu
Yang ada halkum walaupun cemburu
Bila Jumpa aku mereka salut (salut)
Ku toleh ke kanan mereka salut (salut)
Ku toleh ke kiri mereka salut (salut)
Depan dan belakang mereka salut (salut)
Bila jumpa aku semua orang salut (salut)

Mereka suka yang tersirat tak suka yang zahir
Banyak mulut tapi tak cukup sirih dan gambir
Belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir
Bila tersalah anasir persalahkan ku dan Nasir
Mereka suka simpla sampai single bunyi jingle
Panggil diri bintang aku panggil mereka twinkle (twinkle)
Ku eta carinae atau pistol
Supernova janji letup sebelum hujung tahun fiskal

4 unit pirelli bantu 8v menujah
Belakang 735 senyum kira mulah
Hadir asap ungu sama singa dari judah
Barulah segala gundah si penggubah lagu punah
Gossip persetankan kualiti pertahankan
Kalau jumpa yang kurang cerdik tolong terangkan
Lirik Malique bukan teks tapi kodeks macam hammurabi
Atau nag hammadi jangan kupas mesti carigali

Ku toleh ke kanan mereka salut (salut)
Ku toleh ke kiri mereka salut (salut)
Depan dan belakang mereka salut (salut)
Bila jumpa aku semua orang salut (salut)

Wissenswertes über das Lied Salut [feat. Ariz Remastered] von Malique

Wann wurde das Lied “Salut [feat. Ariz Remastered]” von Malique veröffentlicht?
Das Lied Salut [feat. Ariz Remastered] wurde im Jahr 2017, auf dem Album “TKO : Pejamkan Mata” veröffentlicht.
Wer hat das Lied “Salut [feat. Ariz Remastered]” von Malique komponiert?
Das Lied “Salut [feat. Ariz Remastered]” von Malique wurde von ARIZ, MALIQUE, TRIPDISZ komponiert.

Beliebteste Lieder von Malique

Andere Künstler von Asiatic music